4 LOGIN
8 HOME 7 CONTACT MDEX 6 HELP 5
3 CART
About us
Terms & Conditions
JOIN US PRODUCTS COMMUNITY MY TRADE MARKETPLACE ABOUT MDEX
Norli Products & Services
  Contact Supplier
 
NORLI PRODUCTS AND SERVICES (JM0216519-W) adalah syarikat perniagaan milikan tunggal yang berdaftar dibawah Akta Pendaftaran 1956 dan merupakan syarikat bumiputra. Pengeluaran utama adalah makanan sejuk beku. Antara produk yang terkenal adalah roti canai segera dengan jenama "ROTI CANAI MAMPAN". Bermulanya perusahan kami pada tahun 1994 secara kecil-kecilan sebagai Industri Kecil Luar Bandar. Dengan adanya perusahaan kami sekaligus membuka peluang pendapatan sampingan kepada suri rumah di kawasan sekitar sebagai tenaga kerja dengan produksi pertama iaitu roti canai segera. Sehingga kini kami telah menghasilkan 8 jenis lagi makanan sejuk beku seperti karipap, cucur badak, kasturi, popia, donut, pizza, begedil dan murtabak. Perniagaan kami semakin berkembang dan produk dipelbagaikan dengan menerima tempahan membuat kek muffin dan kek ising untuk majlis perkahwinan, pertunangan, harijadi dan sebagainya. Dengan pengalaman dan usaha yang gigih kami berjaya mengeluarkan produk biskut yang mendapat sambutan ramai iaitu Almond Slice, Black Pistachio, Malatops Crispy, Alahai Cookies, Makmur Kacang, Pistachio Yummies, Snow White, Sweet Square Cookies dan Tat Gulung. Kini Kilang kami ber keluasan 80 kaki x 30 kaki persegi. Kami juga telah mempunyai satu bangunan baru yang menempatkan ruang pameran (showroom) dan pejabat urusan pada bulan Februari 2007. Bagi operasi harian kami mempunyai seramai 14 orang dan jumlah ini boleh menjangkau kepada 90 orang pada musim perayaan. Kami juga menyewa satu Lot kedai di bangunan Arked Mara, Jalan Rahmat, Batu Pahat dan menjadi satu-satunya kedai kek dan roti Melayu di kawasan Batu Pahat Lama & BP Walk. Di Kafe ini kami menjual Laksa Penang, Mee Rebus, Nasi Lemak, Roti Canai, Mee / Mihun Goreng serta minuman. Kami juga menjual kek, roti dan tidak ketinggalan juga biskut. Kami juga telah membeli sebuah kedai yang beralamat di No. 5 Jalan Warisan 1, Taman Warisan, 8300 Batu Pahat Johor. Beroperasi sebagai kilang produksi dan akan di naik taraf bagi memperoleh pengiktirafan GMP dan HALAL dari HDC
Company Type : Sole Proprietor
Business Type : Manufacturer , Wholesaler/ Distributor , Retailer/Retail Chain
 
Contact Person : Afandi Anim
Tel : +607-4137 180
Fax : +607-4137 180
Email : Contact Seller
URL : www.nourlie.com.my
 
Address : Bo.75, Kampung Mampan, Simpang Lima
Postal Code : 83020
City : Batu Pahat
State : Johor
Country : MALAYSIA
 
Product Showcase
SAMPRIT STARWBERRY LINK PUMPKIN PATCH SWEET SQUARE COOKIES BISKUT GAJUS
 
 
Sub Categories
Home Privacy Statement
Sign In Terms of Use Agreement
Contact
Order Cancellation Policy
Help Return / Refund Policy
Customer Service Marketplace Return Policy
Warranty
Complaint & Dispute
 
MDEX Learning Centre
Step 1 - Login to your seller account Step 6 - Add product on your MDEX account
Step 2 - Change password Step 7 - Edit product on your MDEX account
Step 3 - Create your company profile Step 8 - Delete product on your MDEX account
Step 4 - Add your company logo, letterhead and stamp Step 9 - Approve customers
Step 5 - Create product categories Step 10 - Delete customers
 
       
(c) 2024 mdex.my All rights reserved